Tuesday, February 15, 2011

Francissca Bukan Taylor Swift

Jarum Emas
----------

(1)
Francissa Bukan Taylor Swift
----------------------------
PUJI-PUJIAN bukan takat berbukit,tapi menggunung kinabalu diterima Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissa (Fran) Peter. Sesudah 24 tahun, konsert Fran di IB (Istana Budaya) itu temukan dia kembali dengan `tok gurunya' Manan Ngah menerusi lagu Kerna Terpaksa.
  Ramai orang tahu, Manan dan Fran melakar sejarah sebaik lagu Sekadar Di Pinggiran meraih Anugerah Juara Lagu 1986. Fran atau Francisca Luciana Peter,50, mengundang sama duetnya, Roy Stan Sta Maria yang sudah 23 tahun menetap di Perth, Australia.
  Bukan aku nak komen sangat pasal konsert Fran tu. Sejak bersekolah lagi, aku memang dah tahu kemerduan, kelunakkan, kelantangan dan pelbagai lagi tang tang niii...perihal suara Fran. Cuma "aku tak tahannnn..." bila pelbagai komen memuji-muji Fran menyanyikan lagu Melayu dengan baik. Tergelak plak mendengar reaksi Misha Omar di TV perihal konsert Fran, yang dikatanya penyanyi bukan Melayu yang boleh menyanyikan lagu Melayu dengan bertenaga serta menyentuh jiwa. Pendek kata menyanyikan lagu Melayu dengan baik lerr.
  Natijahnya, apa masalahnya bila penyanyi bukan Melayu menyanyikan lagu Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Sama ada warganegara itu berbangsa Cina, India, Tamil, Sikh, Serani, Dayak, Iban, Kadazan bahkan orang Asli, mereka harus tahu berbahasa kebangsaan. Lainlah kalau Taylor Swift yang diundang menyanyikan lagu-lagu Melayu, barulah "aku tak tahannn..." nak tengok.

2 comments:

ibby mueller said...

dah org malaysia, xkan la x bole nyanyi lagu dlm BM. ape punye pikiran daa

Anonymous said...

Tul le..dah duduk kt Malaysia dari lahir sampai skrg takkan tak tau Bahasa Kebangsaan...rasa cam bangga sgt tgk org Malaysia (bukan melayu) bleh nyanyi bahasa Malaysia...Indonesia gak yg bagus..mmmmm