Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul vs Valentine

APA hikmah, 'valentine day' kali ini berselang dengan Maulidur Rasul 1432 Hijrah. "1 Malaysia, 1 Ummah" menjadi tema, lalu sebahagian "umat Islam berkepala Mat Salih" mulai trauma jadi serba tak kena, salah tingkah nak cintai kekasih atau Rasulullah SAW.
  Menjelang sambutan Hari Kekasih (14 Februari) masjid dan surau sewaktu khutbah Jumaat kali ini lebih ekstrim, banyak tekankan betapa Hari Kekasih itu tidak wajar dirai. Ia sebenarnya simbolik disebalik kejayaan pihak Kristian merampas Andulusia, sekaligus menamatkan pemerintahan Islam di Eropah. Impaknya jelas...hanya sebilangan kecil saja orang kita meraikan Hari Kekasih itu.
  Tahun ni boleh dikatakan berjaya, sebagaimana berjayanya kita dalam Operasi Piramid, membawa pulang ribuan pelajar dari Mesir, tetapi tahun depan tidak mustahil Hari Kekasih itu dirai kembali kerana faham sajalah "Melayu kan mudah lupa."




 

"Kamu Menghina Saya yaa...." ~ Agnes Monica

TIKA meraikan tahun baru 2010 di Bandung dulu, aku banyak habiskan masa dengan Pak Kusna. Oleh kerna sama-sama penulis banyaklah info kita kongsi bersama. Pak Kusna pula jika ke Kuala Lumpur, tidak lupa telefon aku. Datang ke pejabat Harian Metro dan paling dia suka makan cekodok ikan bilis di Nailis Taman Datuk Senu, Sentul. Apa nak aku ceritakan ketika makan malam di sebuah restoran di Bandung. Restoran elit itu lazimnya dikunjungi orang berada yang sukar dinafikan majoriti pengunjungnya Cina Indonesia.
  Sekeluarga Cina, meja mereka tidak jauh dari meja kami. Aku pasang telinga, mereka sembang dalam bahasa Cina. Bila melintas di depan meja mereka, mereka sembang pula bahasa Indonesia. Lalu aku bertanya pada Pak Kusna...dijawabnya Cina Indonesia, lebih bangga bercakap dalam bahasa Indonesia. Sekalipun dia rancak bersembang dalam bahasa Cina bersama keluarga atau teman-teman...tetapi jika ada warga Indonesia lain (bukan Cina) bersebelahan atau melintas depan mereka, perbualan ditukar ke bahasa Indonesia.
  Lalu aku bertanya pada Pak Khusna..."Agnes Monica...tu Cina kan Pak..." "Iya..dia Cina..." jawab Pak Kusna, tapi kata Pak Kusna usah sembarangan kata dia Cina..."tapi kalau Pak Adam mahu cuba...jika ketemu Agnes, tanyalah pada dia..Agnes apakah kamu ini Cina..., saya pasti Agnes pandang Pak Adam dengan wajah mencuka...lalu dijawabnya...kamu menghina saya yaa..."

Francissca Bukan Taylor Swift

Jarum Emas
----------

(1)
Francissa Bukan Taylor Swift
----------------------------
PUJI-PUJIAN bukan takat berbukit,tapi menggunung kinabalu diterima Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissa (Fran) Peter. Sesudah 24 tahun, konsert Fran di IB (Istana Budaya) itu temukan dia kembali dengan `tok gurunya' Manan Ngah menerusi lagu Kerna Terpaksa.
  Ramai orang tahu, Manan dan Fran melakar sejarah sebaik lagu Sekadar Di Pinggiran meraih Anugerah Juara Lagu 1986. Fran atau Francisca Luciana Peter,50, mengundang sama duetnya, Roy Stan Sta Maria yang sudah 23 tahun menetap di Perth, Australia.
  Bukan aku nak komen sangat pasal konsert Fran tu. Sejak bersekolah lagi, aku memang dah tahu kemerduan, kelunakkan, kelantangan dan pelbagai lagi tang tang niii...perihal suara Fran. Cuma "aku tak tahannnn..." bila pelbagai komen memuji-muji Fran menyanyikan lagu Melayu dengan baik. Tergelak plak mendengar reaksi Misha Omar di TV perihal konsert Fran, yang dikatanya penyanyi bukan Melayu yang boleh menyanyikan lagu Melayu dengan bertenaga serta menyentuh jiwa. Pendek kata menyanyikan lagu Melayu dengan baik lerr.
  Natijahnya, apa masalahnya bila penyanyi bukan Melayu menyanyikan lagu Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Sama ada warganegara itu berbangsa Cina, India, Tamil, Sikh, Serani, Dayak, Iban, Kadazan bahkan orang Asli, mereka harus tahu berbahasa kebangsaan. Lainlah kalau Taylor Swift yang diundang menyanyikan lagu-lagu Melayu, barulah "aku tak tahannn..." nak tengok.